Sunday, 14 January 2018

Pembentukan Masyarakat Majmuk

3.1.KOMPOSISI ETNIK DI MALAYSIA:


PENGENALAN

Hubungan etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial yang baik.Menurut Shamsul Amri(2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat.Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.

Kehidupan manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks.Persaingan dan konflik antara etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum.Oleh itu,perpaduan menjadi cabaran dalam pembinaan negara bangsa.

1.ETNIK MELAYU

Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.Orang Melayu datang dari Indo-China atau Yunan lebih 3500 tahun dahulu.Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam.Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di
Malaysia.Kebiasaannya kaum Melayu berasal daripada perkampungan.Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh kaum Melayu adalah pertanian,pertenakan,nelayan dan sebagainya.Etnik Melayu berasal daripada berbagai-bagai keturunan,iaitu Melayu Proto(Melayu Purba atau Melayu Asli), Melayu Deutero(Melayu Lama) dan Melayu Moden yang datang dari Timur Tengah,India,Cina dan Eropah.Mereka berhijrah ke kawasan Asia Tenggara dan berkemungkinan menjadi orang pertama di Tanah Melayu atau mungkin bercampur dengan penduduk tempatan sehingga menjadi orang jati Asia Tenggara.

Orang Melayu Proto ialah sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunan,Taiwan dan tempat-tempat jauh seumpama itu.Berperwatakan seperti orang Melayu dan berbahasa Melayu.Orang Melayu Proto mempunyai pelbagai suku kaum iaitu Semang,Senoi,Temiang,Jakun,Orang Laut dan Orang Sungai.Orang Melayu Proto merupakan pembahagian daripada pelbagai kaum yang menggabungkan beberapa suku kaum dan tinggal dalam lingkungan keluarga Melayu.Ciri fizikal mereka ialah berbadan pendek,berkulit gelap dan berambut kerinting.

Orang Melayu Deutero merujuk keturunan Melayu yang mendiami kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau iaitu Melayu Funan dan Champa.Mereka kurang Berhijrah,mempunyai bahasa seragam,majordusun.Kelebihan yang dikuasai oleh Orang Melayu Deutero adalah dalam bidang pertanian serta pembuatan besi dan logam.

Orang Melayu Moden merupakan masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero dan kumpulan yang datang dari Timur Tengah,India,Cina dan Eropah.Hampir semua Melayu Moden tinggal di bandar-bandar.Ia terdedah kepada sesebuah kemajuan teknologi,mempelajari pelbagai ilmu.Kehidupan masyarakat di negara ini setanding dengan bangsa Eropah,China,Jepun dan Korea.Mereka memilih untuk menjadi Melayu,bertutur dalam bahasa Melayu yang fasih,beragama Islam,mengamalkan budaya-budaya Melayu dan berbangga sebagai orang Melayu.


ETNIK CINA

Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan Bumiputera.Berhijrah ke semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 merupakan usahawan Cina atas tujuan ingin bekerja sebagai pelombong.Etnik cina ini amat patuh kepada pembesar-pembesar melayu.Keadaan berubah setelah diberi konsesi untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah di negeri-negeri Melayu.Perang saudara kerap berlaku dan pergaduhan di kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir.Akhirnya,British terpaksa campur tangan dan menggalakkan etnik Cina lebih ramai.Ramai imigran cina yang masuk ke negara ini terutama di Johor untuk bekerja dalam industri perlombongan.

Etnik Cina juga berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki.China sering dilanda malapetaka,Bencana alam dan perang saudara yang membuktikan bekalan di negara tersebut amat diperlukan.Etnik cina lebih tertumpu di kawasan-kawasan tertentu sahaja.Terdiri daripada etnik Kwantung,iaitu orang Kanton,Teochew,Hakka dan Hailam.Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan peniaga.Orang Hakka bekerja sebagai pelombong bijih,manakala orang Hailam lebih suka membuka kedai kopi dan menjadi orang gaji.


ETNIK INDIA

Etnik India pula ialah etnik ketiga terbesar di Malaysia.Etnik India masuk ke semenanjung Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu,Indonesia dan sebagai buruh ladang.Mereka digunakan untuk membina bangunan,jalan raya dan jambatan.Etnik India lebih ramai bekerja di ladang tevu,kopi dan teh kepunyaan orang eropah.Pihak British juga membawa masuk orang ceylon(SRI LANGKA)untuk berkhidmat sebagai kerani,pembantu hospital dan kaki tangan perkhidmatan kereta api.

Selain itu,terdapat masyarakat punjabi yang datang ke semenanjung tanah melayu sebagai anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan iaitu kereta lembu,sebagai pengangkutan utama yang menghubungkan kawasan perlombongan dengan pengkalan-pengkalan di sepanjang sungai.Hampir 90% etnik India di Malaysia berasal dari bahagian selatan India,iaitu wilayah Tamil Nadu,Andhra Pradesh dan Malabar dan hampir 80% masyarakat Tamil menganut agama Hindu.

ETNIK MINORITI

Terdapat juga etnik minoriti,Iaitu orang Asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah Melayu pada kira-kira 1,000 TM. Sejarah membuktikan bahawa negara ini merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara(Zahari Awang,2014).Terdapat penemuan kesan-kesan peninggalan prasejarah di Lenggong,Perak dan Gua Niah,Sarawak.

Etnik Serani ialah masyarakat portugis dan belanda yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman kesultan melayu melaka.Etnik ini mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal usul yang unik serta menarik.Etnik ini wujud di Melaka dan Pulau Pinang serta merujuk semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.

Komposisi etnik sarawak terbahagi kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama penduduk persisiran yang terdiri daripada orang melayu dan melanau.Kaum pribumi sarawak juga mendiami kawasan persisiran tersebut.Mereka beragama Islam,mengamalkan cara hidup Melayu Islam.Dan ia juga menggunakan bahasa Melayu.Orang Melayu merupakan penduduk persisiran yang mula menetap di Sarawak pada abad ke-15.Sebahagian besar mereka berasal dari Pulau Sumatera.

Kumpulan kedua ialah penduduk pendalaman terdiri daripada kaum iban,bidayuh,murut,penan,kenyan dan kelabit.Mereka menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya padi huma dan pertanian pindah.Kebanyakan etnik lain di Sarawak tinggal di kawasan pedalaman dan menjalankan pertanian pindah.

Penempatan etnik sabah bermula di tepi-tepi pantai dan lembah-lembah sungai utama.Antara setnik sabah ialah kadazan,Bajau,Dusun,Murut,Lotud Dayuh dan sebagainya.Masyarakat sabah terdiri daripada 23 etnik Bumiputera dan dikenal pasti.

Kadazan Dusun merupakan etnik terbesar di sabah.Mereka dipercayai berhijrah ke Borneo Utara kira-kira 2,000 tahun yang lalu.Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada bentuk muka bumi dan kawasan penempatan yang mereka diami.Penduduk persisiran pantai terdiri daripada suku Bajau,Suluk dan Brunei.Mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan serta memungut hasil laut dan hutan.

Bagi Etnik Murut,kegiatan ekonomi mereka ialah menanam padi bukit(padi huma),memburu binatang dan memungut hasil hutan.Kadar pertambahan imigran cina di sabah melebihi kadar penduduk bumiputera.

3.1.5 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal negara ini,iaitu Orang Asli.Orang Asli dikenali sebagai Orang Melayu Proto yang mempunyai ciri-ciri seperti orang Melayu Moden
Kehadiran Etnik Cina dan India mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu.

Proses perubahan dapat dilihat menerusi pembentukkan masyarakat yang berbilang kaum dimana dapat dikesan semenjak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdagangan.Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang India,Cina,Eropah dan Arab.Tanah Melayu merupakan tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat.Hubungan keselamatan antara Maharaja Cina menyebabkan kehadiran orang Cina di Tanah Melayu.

Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu seperti Kerajaan Kedah,Kerajaan Langkasuka, dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-Buddha.Keagungan Kerajaan Melayu membawa ramai pedagang dari Cina,India,Eropah,Arab dan Wilayah-Wilayah Kepulauan Melayu datang berhijrah ke Melaka.

3.2 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

PENGENALAN
Selepas kemerdekaan,Negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum.Malasah perpaduan wujud hasil daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan kepaercayaan atau agama dan sistem  pemerintahan penjajah.
Pelbagai langkah diambil seperti penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik, dan aspek sosial lain. Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk perpaduan kaum di Malaysia.

PENGENALAN PERPADUAN NASIONAL
Suatu proses penyatuan dari semua aspek fizikal, sosial, ekonomi, dan politik tetapi bukan biologikal (kesanggupan kahwin campur). Perpaduan juga bermaksud satu proses bagi mewujudkan sati identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dan sesebuah unit politik.

                           CIRI-CIRI INTEGRASI NASIONAL
1          1. Melibatkan pertembungan dua atau lebih masyarakat dan budaya.
2          2.  Satu bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik besama masyarakat dan budaya berbeza.
3          3.  Dalam budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti masyarakat dan perbezaan kebudaan.
4          4.  Integrasi sosial boleh berlaku dalam sector ekonomi, parti politik dan Negara.


PENGENALAN MASYARAKAT MAJMUK
Kelompok utama yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak yang terdapat di Tanah Melayu. Kewujudan masyarakat majmuk ini disebabkan oleh penjajahan negara, maka perpaduan dan integrasi telah dibentuk bagi menyatukan semua kaum tersebut.
Penjajahan telah menggalakkan kedatangan orang Cina dari Tanah Besar China dan orang India dari Benua Kecil India. Mereka dibawa untuk bekerja di lombong bijih timah (orang cina) dan lading getah (orang India) sebagai menjaga kepentingan sektor ekonomi ketika memerintah negara kita.

                                                         PERBEZAAN KAUM
BANGSA -
BANGSA
PERBEZAAN

   MELAYU

           CINA

              INDIA

TEMPAT TINGGAL


KAMPUNG

BANDAR

LADANG


PEKERJAAN


NELAYAN / PETANI

PELOMBONG

PELADANG


AGAMA KEPERCAYAAN

ISLAM

BUDDHA

HINDU

PERAYAAN


RAYA AIDIL FITRI

TAHUN BARU CINA

DEPAVALI
























Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang melayu.Di Negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
Bertutur bahasa Melayu, Mengamalkan adat istiadat Melayu, Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka,dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Menurut  Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.

Terdapat dua teori yang menyatakan mengenai asal usul bangsa melayu iaitu:
1    .  Bangsa Melayu berasal daripada Yunnan.
2    .  Bangsa Melayu berasal daripada sumatera.

Pecahan suku kaum Melayu di Tanah Melayu iaitu Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling, Minangkabau, Rawa dan Johor.Majoriti orang Melayu menganggap Tanah Melayu sebagai Tanah  orang Melayu.Kesemua orang Melayu beragama Islam,tetapi tidak kesemua orang Islam berbangsa Melayu. Sejarah menunjukkan bahawa kawasan dimana orang Melayu tinggal ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu.


EKONOMI MELAYU

Dari segi ekonomi,orang Melayu ramai yang terlibat dalam sector pertanian dan industri-industri tradisi yang berproduktiviti rendah. Ini menyebabkan bangsa Melayu merupakan bangsa paling miskin jika dibandingkan dengan bangsa lain.

CINA

Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China Selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.
Orang Cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu Hokkien,Kantonis, Hakka, Hainan, Teochew, dan Hailam. Mereka berbeza antara satu sama lain dari segi loghat, adat resam, perkhususan ekonomi dan kawasan tempat tinggal.
Di negara kita,mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina di Malaysia.

EKONOMI CINA

Bangsa Cina merupakan bangsa terkaya di Malaysia berdasarkan bancian yang dijalankan pada tahun 2006 dengan penguasaan 40.9% ekonomi negara. Ramai daripada orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan seperti pedagang, peniaga dan tukang. Mereka juga Merupakan kaum terbesar yang terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan professional seperti arkitek dan akauntan.

INDIA

Kehadiran orang India di Tanah Melayu dapat dikesan melalui sejarah kira-kira 2000 tahun yang lalu. Mereka dating ke Tanah Melayu untuk aktiviti perdagangan. Sebahagian besar berasal dari India Selatan (Tamil Nadu).
Orang-orang daripada India juga terkenal sebagai penyebar agama Islam pada zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Bagi Masyarakat India, mereka dapat dipecahkan kepada beberapa kelompok lagi seperti Tamil, Malayali, telegu dan Sikh.
Orang India di Malaysia Menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan Kristian. Kebanyakannya adalah beragama Hindu. Mereka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa perantara dalam perbualan sesame mereka.


EKONOMI INDIA

Pada asalnya, orang India dating ke Tanah Melayu denagn kemahiran dalam bidang perniagaan dan modal. Golongan chettier terkenal sebagai pemberi pinjam wang. Sekarang orang India di Malaysia berpendapatan rendah dan masih banyak yang terlibat dangan perladagangan dan buruh kasar.
Namun terdapat juga yang terlibat dalam bidan perubatan dan guaman.

3.2.1. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERKONGSIAN POLITIK.

Parti Perikatan adalah hasil daripada Majlis Perhubungan Masyarakat (CLC) yang ditubuhkan pada Februari 1949 apabila kerajaan British menjemput ketua-ketua kaum Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu untuk berunding mengenai masa depan negara sebelum merdeka. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman (UMNO) dan Tan Cheng Lock (MCA), elit politik dan intelektual Melayu-Cina bergabung untuk bertanding dalam pilihan raya majlis bandaran 1952. Kewujudan persahabatan politik antara kaum Melayu dan Cina mendorong MIC untuk menyertai Perikatan pada 1953 dan membantu Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya Persekutuan 1955. Selepas kemengan parti perikatan dalam pilihan raya Persekutuan 1955 maka bermulalah sejarah politik perkongsian kuasa antara kaum di Malaysia.

Konsep perkongsian kuasa dan kontrak sosial merupakan satu konsep yang ternyata terlalu asing bagi bangsa Melayu tradisi pada peringkat awalnya kerana orang-orang Melayu menganggap bahawa Negara ini adalah milik mereka secara total. Idea perkongsian kuasa ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra AI Haj (UMNO), Tun Tan Cheng Lock (MCA) dan Tun Samanthan (MIC). Dasar perkongsian kuasa dan kontrak sosial yang dipersetujui dan kemudian menjadi pegangan kepada pribumi lokal dan bukan lokal telah mencorakkan suasana politik baru di Tanah Melayu.

Dasar perkongsian kuasa antara kaum yang terdapat dan diamalkan di Malaysia membuktikan telah berlaku proses interaksi, integrasi dan asimilasi dalam struktur politik di Tanah Melayu. Perkongsian kuasa juga bertujuan untuk mewujudkan perpaduan kaum di kalangan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Sehingga sekarang dasar perkongsian kuasa antara masih lagi dipraktikkan di Malaysia walaupun Perikatan telah bertukar kepada Barisan Nasional demi menjamin keharmonian dan perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia.

-       .KERAJAAN DEMOKRATIK

Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat dalam menentukan hala tuju politik Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi berparlimen member ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti. Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu dalam perkembangan ekonomi Negara.

Antara kelebihan lain bagi sistem demokrasi berparlimen ialah,kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik telah dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara. Dengan itu, perancangan pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu,kerjasama dalam masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan antarabangsa. Akhir sekali, Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.

-PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BAIK

Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan tuntutan ekonomi setiap kaum. Kerajaan telah mengendalikan program-program yang berkesan dalam bidang pertanian, perdagangan, dan sebagainya.

-     -TOLAK ANSUR BUDAYA

Budaya Melayu menjadi teras dalam kebudayaan kebangsaan manakala budaya lain boleh diamalkan oleh etnik tersebut. Sebagai contoh,orang Cina dan orang India perlu di jemput ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dalam majlis sebegini membolehkan mereka berkenalan dan bersama memohon kemaafan jika pernah melakukan sebarang kesilapan. Hasil dari amalan ini, membolehkan masyarakat meluahkan perasaan mereka yang mungkin telah lama terpendam bagi mengelakkan perasaan itu menjadi keruh. Tindakan menyertai majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam masyarakat  berbilang kaum di Malaysia.

FAKTOR PENGHALANG PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

1.PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing.Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British.
Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India bertumpu di ladang-ladang getah.
Di Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.
Faktor lain pemisahan tempat tinggal mereka iaitu ;
a) Dari segi psikologi, mereka rasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan
kenalan, rakan-rakan dan saudara mara.
b) Kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain.
c) Akibat dasar ' pecah da perintah' yang dilaksanakan oleh pihak British
 untuk kemudahan mereka.

1.PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI

Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap kaum.Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina digalakkan untuk  bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.


1.PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum.
Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.
Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik.
Bagi masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil.Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.
Cina lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.
Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum.British tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.
Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak.
Di Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.

1.FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA

Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di Tanah Melayu.
Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di begara China.
Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu anak-saudara mereka,
Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali.
Bagi orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.
Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.
Selain itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama.
Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN.




1.MASALAH EKONOMI

Dalam bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah.
Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan pendapatan.
Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain.
Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam.

1.PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA

Secara amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. Selain masyarakat di Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.


2.PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA

Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India.
Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.

1.PENDUDUKAN JEPUN

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
Apabila Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan membalas dendam terhadap orang Melayu.
Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan banyak kematian.Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.

3.2.2 TAHAP INTEGRASI

SEGRESASI
Proses yang menyebabkan individu atau kumoulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain. Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang saling memahami semakin terhad. Terbahagi kepada 2 cara iaitu rela dan tanpa rela. Rela merujuk kepada golongan manusia yang memencilkan diri. Tanpa rela pula berlaku kerana paksaan daripada pihak berkuasa seperti segresasi de jure.


AKOMODASI
Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Setiap kumpulan etnik masih dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan. Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan hormani dan saling menghormati.TEmail hisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest


AKULTURASI

Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada satu kebudayaan etnik lain yang berbeza. Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identity masyarakat penerimaan. Proses akukturasi bermula dengan sosialisasi primer; manusia belajar dan mengadaptasikan budaya paling dekat dengan mereka. Manakala sosiolisasi sekunder pula ialah proses adaptasi dengan masyarakat yang lebih besar.

ASIMILASI
Proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpilan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan mijoriti untuk mengurangkan batas etniknya. Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya penghapusan dari segi kebudayaan dan identiti. Terbahagi kepada 2 iaitu asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat. Asimilasi struktur pula ialah satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.


ALGAMASI

Almalgamasi merupakan istilah yang diketegorikan dalam asimilasi biologi iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk satu jenis budaya dan ras baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.

3.3      RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

Rukun Negara berfungsi sebagai tulang belakang yang menjadi sandaran dan pegangan Negara dan rakyat Malaysia .Rukun Negara ialah satu ideologi Negara yang digubal sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan rakyat dan membimbang mereka kea rah perpaduan.Usaha penggubalan rukun Negara dilakukan semasa Negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara(MAGERAN),iaitu selepas rusuhan kaum 13 MEI 1969.

Rukun Negara lahir hasil daripada pemikiran Majlis Perundingan Negara yang diwakil oleh parti politik, kesatuan sekerja, akhbar, pertubuhan profesional, badan agama dan pelbagai pertubuhan lain.Kesemua wakil ini diberi peluang untuk berbincang dan mencari penyelesaian atas masalah hubungan kaum yang boleh menjamin keharmonian hidup bersama.

Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 OGOS 1970 merupakan satu susunan prinsip  hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai- nilai  kenegaraan dan norma- norma sosial yang mencakupi seluruh aspek kehidupan bernegara seperti agama , budaya , politik , ekonomi dan perundangan . Setiap prinsip itu berperanan dalam melahirkan sebuah Negara yang rakyatnya hidup bersaqtu padu , aman dan harmoni.

Objektif RUKUN NEGARA seperti yang berikut :

(A)MEWUJUDKAN PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM SELURUH MASYARAKAT.
(B)MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK.
(C)MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL SUPAYA KEMAKMURAN NEGARA  DAPAT DINIKMATI BERSAMA SECARA ADIL DAN SAKSAMA.
(D)MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL TERHADAP TRADISI KEBUDAYAAN YANG KAYA DAN PELBAGAI CORAK.
(E)MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF BERLANDASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN.

Kelima-lima objektif di atas terkandung dalam lima prinsip RUKUN NEGARA yang berikut :
(a)KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN-agama sebagai pegangan utama rakyat Malaysia rakyat yang beragama juga mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.Seterusnya , walaupun Islam manjadi agama rasmi persekutuan , tetapi mana-mana agama lain boleh dianuti dengan bebas dalam persekutuan.
(b)KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA-Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara dan raja-raja Melayu sebagai Ketua Negeri.Rakyat seharusnya menjadikan raja sebagai symbol perpaduan rakyat.Malahan , sesiapa yang menderhaka kepada raja dianggap sebagai penderhaka kepada Negara.
(c)KELUHURAN PERLEMBAGAAN-Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi Negara dan rakyat dikendaki menghormati serta mempertahankan Perlembagaan.
(d)Kedaulatan undang-undang-menekankan kedaulatan undang-undang dan menghormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang.Sekiranya undang-undang dipelihara , rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman , makmur dan harmoni.
(e)KESOPANAN DAN KESUSILAAN-nilai-nilai murni melambangkan keperibadian individu dan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni serta saling hormat menhormati.

3.3.1   PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah mencatatkan sejarah pahit Malaysia kerana pada tarikh itulah berlaku rusuhan kaum , terutama antara kaum Melayu dengan Cina . Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969. Pilihan Raya ketika itu telah dimenangi oleg parti-parti pembangkang , iaitu Parti Tindakan rakyat (DAP) dan GERAKAN.Walaupun Parti perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya yang sebelumnya.

DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 MEI 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa izin daripada pihak polis. Perarakan ini merupakan kesinambungan daripada perarakan jenazah yang dilakukan Parti Buruh pada 9 mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.UMNO turut mengadakan perarakan atas kerajaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut.

Perarakan ini diketuai oleh DATUK HARUN IDRIS , Menteri Besar Selangor ketika itu.Perarakan bersifat provoaktif ini didapati telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawakepada titik hitaam dalam sejarah Negara.Pergaduhan dan rusuhan tercetus sehingga bantuan ketenteraan terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan ini tercetus di KUALA LUMPUR dan kawasan sekelilingnya sahaja.Angka rasmi bilangan orang yang cedera ialah seramai 493 orang.Walau Bagaimanapun , jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka.

Peristiwa ini telah membuka mata banyak  pihak.Pemimpin-pemimpin Negara telah sedar dan mula meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan oleh kesan keganasan yang berlaku sungguh mengerikan.Pada peringkat awal,tindak balas serta-merta diambil bagi memberhentikan keganasan.
Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan ini,mengenakan perintah berkurang , mengawal berita-berita radio dan televisyen , menapis penerbitan akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik , sekali gus mengharamkan kempen pilihan raya.
 Peristiwa 13 mei 1969 memberikan pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati antara semua kaum.Tanpa nilai persefahaman toleransi dan sikap hormat-menghormati , perasaan curiga dan syak wasangka akan timbul dalam kalangan etnik di Negara ini.Matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama di sekolah –sekolah .Selain itu, Kerajaan telah membentuk satu lagi kementerian , iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan ditukarkan kepada Lembaga Perpaduan Negara yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan rakyat.Dasar Kebudayaan juga diwujudkan sebagai langkah dan usaha mengekalkan perpaduan , seterusnya dapat mewujudkan integrasi nasional dengan memberikan fokus kepada masyarakat Semananjung Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak.


KESIMPULAN

Secara keseluruhan , setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identity dan kelompok masing-masing.Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara , kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai.Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling nelengkapkan dan menjamin kelansungnya demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk.Proses perpaduan di Negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.

Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar daripada Peristiwa 13 mei 1969 yang  banyak member kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu , bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan Negara bangsa , maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.


No comments:

Post a Comment