3.1.KOMPOSISI
ETNIK DI MALAYSIA:
PENGENALAN
Hubungan
etnik ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana keadaan yang aman
dan damai mampu mewujudkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial yang
baik.Menurut Shamsul Amri(2012), keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan
politik,ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan
pesat.Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana
dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.
Kehidupan
manusia itu dapat dilihat dalam pelbagai konteks.Persaingan dan konflik antara
etnik, sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang
berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum.Oleh itu,perpaduan menjadi cabaran
dalam pembinaan negara bangsa.
1.ETNIK MELAYU
Orang Melayu
boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu.Orang Melayu datang dari
Indo-China atau Yunan lebih 3500 tahun dahulu.Penduduk Melayu di Tanah Melayu
amnya menganut agama Islam.Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di
Malaysia.Kebiasaannya
kaum Melayu berasal daripada perkampungan.Antara aktiviti yang biasa dilakukan
oleh kaum Melayu adalah pertanian,pertenakan,nelayan dan sebagainya.Etnik
Melayu berasal daripada berbagai-bagai keturunan,iaitu Melayu Proto(Melayu
Purba atau Melayu Asli), Melayu Deutero(Melayu Lama) dan Melayu Moden yang
datang dari Timur Tengah,India,Cina dan Eropah.Mereka berhijrah ke kawasan Asia
Tenggara dan berkemungkinan menjadi orang pertama di Tanah Melayu atau mungkin
bercampur dengan penduduk tempatan sehingga menjadi orang jati Asia Tenggara.
Orang Melayu Proto ialah
sekumpulan masyarakat yang berhijrah dari Yunan,Taiwan dan tempat-tempat jauh
seumpama itu.Berperwatakan seperti orang Melayu dan berbahasa Melayu.Orang
Melayu Proto mempunyai pelbagai suku kaum iaitu
Semang,Senoi,Temiang,Jakun,Orang Laut dan Orang Sungai.Orang Melayu Proto
merupakan pembahagian daripada pelbagai kaum yang menggabungkan beberapa suku
kaum dan tinggal dalam lingkungan keluarga Melayu.Ciri fizikal mereka ialah
berbadan pendek,berkulit gelap dan berambut kerinting.
Orang Melayu Deutero merujuk keturunan Melayu yang
mendiami kawasan Lembah Mekong dan Vietnam pada masa lampau iaitu Melayu
Funan dan Champa.Mereka kurang Berhijrah,mempunyai bahasa
seragam,majordusun.Kelebihan yang dikuasai oleh Orang Melayu Deutero adalah
dalam bidang pertanian serta pembuatan besi dan logam.
Orang Melayu Moden merupakan masyarakat yang
bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dengan Melayu Deutero dan kumpulan
yang datang dari Timur Tengah,India,Cina dan Eropah.Hampir semua Melayu Moden
tinggal di bandar-bandar.Ia terdedah kepada sesebuah kemajuan
teknologi,mempelajari pelbagai ilmu.Kehidupan masyarakat di negara ini
setanding dengan bangsa Eropah,China,Jepun dan Korea.Mereka memilih untuk
menjadi Melayu,bertutur dalam bahasa Melayu yang fasih,beragama
Islam,mengamalkan budaya-budaya Melayu dan berbangga sebagai orang Melayu.
ETNIK CINA
Etnik Cina
merupakan etnik kedua terbesar selepas etnik Melayu dan Bumiputera.Berhijrah ke
semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19 merupakan usahawan Cina atas tujuan
ingin bekerja sebagai pelombong.Etnik cina ini amat patuh kepada
pembesar-pembesar melayu.Keadaan berubah setelah diberi konsesi untuk
mengusahakan lombong-lombong bijih timah di negeri-negeri Melayu.Perang saudara
kerap berlaku dan pergaduhan di kawasan perlombongan menjadi kucar-kacir.Akhirnya,British
terpaksa campur tangan dan menggalakkan etnik Cina lebih ramai.Ramai imigran
cina yang masuk ke negara ini terutama di Johor untuk bekerja dalam industri
perlombongan.
Etnik Cina
juga berhijrah ke negeri-negeri Melayu untuk mencari rezeki.China sering
dilanda malapetaka,Bencana alam dan perang saudara yang membuktikan bekalan di
negara tersebut amat diperlukan.Etnik cina lebih tertumpu di kawasan-kawasan
tertentu sahaja.Terdiri daripada etnik Kwantung,iaitu orang Kanton,Teochew,Hakka
dan Hailam.Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan peniaga.Orang Hakka
bekerja sebagai pelombong bijih,manakala orang Hailam lebih suka membuka kedai
kopi dan menjadi orang gaji.
ETNIK INDIA
Etnik India
pula ialah etnik ketiga terbesar di Malaysia.Etnik India masuk ke semenanjung
Tanah Melayu sebagai buruh tawanan dari Bengkulu,Indonesia dan sebagai
buruh ladang.Mereka digunakan untuk membina bangunan,jalan raya dan
jambatan.Etnik India lebih ramai bekerja di ladang tevu,kopi dan teh kepunyaan
orang eropah.Pihak British juga membawa masuk orang ceylon(SRI
LANGKA)untuk berkhidmat sebagai kerani,pembantu hospital dan kaki tangan
perkhidmatan kereta api.
Selain
itu,terdapat masyarakat punjabi yang datang ke semenanjung tanah melayu sebagai
anggota polis dan memberi khidmat pengangkutan iaitu kereta lembu,sebagai
pengangkutan utama yang menghubungkan kawasan perlombongan dengan
pengkalan-pengkalan di sepanjang sungai.Hampir 90% etnik India di Malaysia
berasal dari bahagian selatan India,iaitu wilayah Tamil Nadu,Andhra Pradesh dan
Malabar dan hampir 80% masyarakat Tamil menganut agama Hindu.
ETNIK MINORITI
Terdapat juga
etnik minoriti,Iaitu orang Asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung
Tanah Melayu pada kira-kira 1,000 TM. Sejarah membuktikan bahawa negara ini
merupakan salah sebuah kediaman yang terawal di Nusantara(Zahari
Awang,2014).Terdapat penemuan kesan-kesan peninggalan prasejarah di
Lenggong,Perak dan Gua Niah,Sarawak.
Etnik Serani
ialah masyarakat portugis dan belanda yang berkahwin dengan orang Melayu pada
zaman kesultan melayu melaka.Etnik ini mempunyai kebudayaan tersendiri dan asal
usul yang unik serta menarik.Etnik ini wujud di Melaka dan Pulau Pinang serta
merujuk semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.
Komposisi
etnik sarawak terbahagi kepada dua kumpulan.Kumpulan pertama penduduk
persisiran yang terdiri daripada orang melayu dan melanau.Kaum pribumi sarawak
juga mendiami kawasan persisiran tersebut.Mereka beragama Islam,mengamalkan
cara hidup Melayu Islam.Dan ia juga menggunakan bahasa Melayu.Orang Melayu
merupakan penduduk persisiran yang mula menetap di Sarawak pada abad
ke-15.Sebahagian besar mereka berasal dari Pulau Sumatera.
Kumpulan
kedua ialah penduduk pendalaman terdiri daripada kaum
iban,bidayuh,murut,penan,kenyan dan kelabit.Mereka menjalankan aktiviti
pertanian, terutamanya padi huma dan pertanian pindah.Kebanyakan etnik lain di
Sarawak tinggal di kawasan pedalaman dan menjalankan pertanian pindah.
Penempatan
etnik sabah bermula di tepi-tepi pantai dan lembah-lembah sungai utama.Antara
setnik sabah ialah kadazan,Bajau,Dusun,Murut,Lotud Dayuh dan
sebagainya.Masyarakat sabah terdiri daripada 23 etnik Bumiputera dan dikenal
pasti.
Kadazan Dusun
merupakan etnik terbesar di sabah.Mereka dipercayai berhijrah ke Borneo Utara
kira-kira 2,000 tahun yang lalu.Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada
bentuk muka bumi dan kawasan penempatan yang mereka diami.Penduduk persisiran
pantai terdiri daripada suku Bajau,Suluk dan Brunei.Mereka menjalankan aktiviti
menangkap ikan serta memungut hasil laut dan hutan.
Bagi Etnik
Murut,kegiatan ekonomi mereka ialah menanam padi bukit(padi huma),memburu
binatang dan memungut hasil hutan.Kadar pertambahan imigran cina di sabah
melebihi kadar penduduk bumiputera.
3.1.5 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
Sejarah awal
penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan penduduk asal negara
ini,iaitu Orang Asli.Orang Asli dikenali sebagai Orang Melayu Proto yang
mempunyai ciri-ciri seperti orang Melayu Moden
Kehadiran
Etnik Cina dan India mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah
Melayu.
Proses
perubahan dapat dilihat menerusi pembentukkan masyarakat yang berbilang kaum
dimana dapat dikesan semenjak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdagangan.Tanah
Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pedagang India,Cina,Eropah
dan Arab.Tanah Melayu merupakan tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah
laluan perdagangan antara Timur dan Barat.Hubungan keselamatan antara Maharaja
Cina menyebabkan kehadiran orang Cina di Tanah Melayu.
Bukti-bukti
sejarah menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu seperti Kerajaan
Kedah,Kerajaan Langkasuka, dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh
Hindu-Buddha.Keagungan Kerajaan Melayu membawa ramai pedagang dari
Cina,India,Eropah,Arab dan Wilayah-Wilayah Kepulauan Melayu datang berhijrah ke
Melaka.
3.2
PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
PENGENALAN
Selepas
kemerdekaan,Negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah
perpaduan dan integrasi antara kaum.Malasah perpaduan wujud hasil daripada
pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan, fahaman
politik, masalah ekonomi, perbezaan kepaercayaan atau agama dan sistem pemerintahan penjajah.
Pelbagai
langkah diambil seperti penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi,
penyatuan fahaman politik, dan aspek sosial lain. Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk perpaduan kaum di
Malaysia.
PENGENALAN
PERPADUAN NASIONAL
Suatu
proses penyatuan dari semua aspek fizikal, sosial, ekonomi, dan politik tetapi
bukan biologikal (kesanggupan kahwin campur). Perpaduan juga bermaksud satu
proses bagi mewujudkan sati identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, social dan lokasi dan sesebuah unit politik.
CIRI-CIRI
INTEGRASI NASIONAL
1 1. Melibatkan
pertembungan dua atau lebih masyarakat dan budaya.
2 2. Satu
bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik besama masyarakat dan budaya
berbeza.
3 3. Dalam
budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti masyarakat dan perbezaan
kebudaan.
4 4. Integrasi
sosial boleh berlaku dalam sector ekonomi, parti politik dan Negara.
PENGENALAN
MASYARAKAT MAJMUK
Kelompok
utama yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum bumiputera
di Sabah dan Sarawak yang terdapat di Tanah Melayu. Kewujudan masyarakat majmuk
ini disebabkan oleh penjajahan negara,
maka perpaduan dan integrasi telah dibentuk bagi menyatukan semua kaum
tersebut.
Penjajahan
telah menggalakkan kedatangan orang Cina dari Tanah Besar China dan orang India
dari Benua Kecil India. Mereka dibawa untuk bekerja di lombong bijih timah
(orang cina) dan lading getah (orang India) sebagai menjaga kepentingan sektor
ekonomi ketika memerintah negara kita.
PERBEZAAN
KAUM
|
BANGSA -
BANGSA
PERBEZAAN
|
MELAYU
|
CINA
|
INDIA
|
|
TEMPAT TINGGAL
|
KAMPUNG
|
BANDAR
|
LADANG
|
|
PEKERJAAN
|
NELAYAN / PETANI
|
PELOMBONG
|
PELADANG
|
|
AGAMA KEPERCAYAAN
|
ISLAM
|
BUDDHA
|
HINDU
|
|
PERAYAAN
|
RAYA AIDIL FITRI
|
TAHUN BARU CINA
|
DEPAVALI
|
Melayu
merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam
orang melayu.Di Negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut
perlembagaan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu
ditakrifkan sebagai:
Bertutur
bahasa Melayu, Mengamalkan adat istiadat Melayu, Lahir sebelum hari merdeka
sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka,dia
bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli
antropologi Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, berkulit sawo
matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta
berbudi bahasa.
Terdapat
dua teori yang menyatakan mengenai asal usul bangsa melayu iaitu:
1 . Bangsa
Melayu berasal daripada Yunnan.
2 . Bangsa
Melayu berasal daripada sumatera.
Pecahan suku kaum Melayu
di Tanah Melayu iaitu Banjar, Boyan, Bugis, Jawa, Kampar, Kerinci, Mendaling,
Minangkabau, Rawa dan Johor.Majoriti orang Melayu menganggap Tanah Melayu
sebagai Tanah orang Melayu.Kesemua orang
Melayu beragama Islam,tetapi tidak kesemua orang Islam berbangsa Melayu.
Sejarah menunjukkan bahawa kawasan dimana orang Melayu tinggal ini dikenali
sebagai Semenanjung Tanah Melayu.
EKONOMI
MELAYU
Dari
segi ekonomi,orang Melayu ramai yang terlibat dalam sector pertanian dan
industri-industri tradisi yang berproduktiviti rendah. Ini menyebabkan bangsa
Melayu merupakan bangsa paling miskin jika dibandingkan dengan bangsa lain.
CINA
Kehadiran
orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan semenjak zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China Selatan,
terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong.
Orang
Cina di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu Hokkien,Kantonis,
Hakka, Hainan, Teochew, dan Hailam. Mereka berbeza antara satu sama lain dari
segi loghat, adat resam, perkhususan ekonomi dan kawasan tempat tinggal.
Di
negara kita,mereka menggunakan pelbagai dialek berdasarkan kelompok mereka
tersendiri. Namun, Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi bagi masyarakat Cina
di Malaysia.
EKONOMI
CINA
Bangsa
Cina merupakan bangsa terkaya di Malaysia berdasarkan bancian yang dijalankan
pada tahun 2006 dengan penguasaan 40.9% ekonomi negara. Ramai daripada orang
Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan seperti pedagang, peniaga dan tukang.
Mereka juga Merupakan kaum terbesar yang terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan
professional seperti arkitek dan akauntan.
INDIA
Kehadiran
orang India di Tanah Melayu dapat dikesan melalui sejarah kira-kira 2000 tahun
yang lalu. Mereka dating ke Tanah Melayu untuk aktiviti perdagangan. Sebahagian
besar berasal dari India Selatan (Tamil Nadu).
Orang-orang
daripada India juga terkenal sebagai penyebar agama Islam pada zaman pemerintahan
Kerajaan Melayu Melaka. Bagi Masyarakat India, mereka dapat dipecahkan kepada
beberapa kelompok lagi seperti Tamil, Malayali, telegu dan Sikh.
Orang
India di Malaysia Menganuti pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan
Kristian. Kebanyakannya adalah beragama Hindu. Mereka menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa perantara dalam perbualan sesame mereka.
EKONOMI
INDIA
Pada
asalnya, orang India dating ke Tanah Melayu denagn kemahiran dalam bidang
perniagaan dan modal. Golongan chettier terkenal sebagai pemberi pinjam wang.
Sekarang orang India di Malaysia berpendapatan rendah dan masih banyak yang
terlibat dangan perladagangan dan buruh kasar.
Namun
terdapat juga yang terlibat dalam bidan perubatan dan guaman.
3.2.1.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
- PERKONGSIAN POLITIK.
Parti
Perikatan adalah hasil daripada Majlis Perhubungan Masyarakat (CLC) yang
ditubuhkan pada Februari 1949 apabila kerajaan British menjemput ketua-ketua
kaum Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu untuk berunding mengenai masa depan
negara sebelum merdeka. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman (UMNO) dan Tan
Cheng Lock (MCA), elit politik dan intelektual Melayu-Cina bergabung untuk
bertanding dalam pilihan raya majlis bandaran 1952. Kewujudan persahabatan
politik antara kaum Melayu dan Cina mendorong MIC untuk menyertai Perikatan
pada 1953 dan membantu Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan dalam pilihan raya Persekutuan 1955. Selepas kemengan parti
perikatan dalam pilihan raya Persekutuan 1955 maka bermulalah sejarah politik
perkongsian kuasa antara kaum di Malaysia.
Konsep
perkongsian kuasa dan kontrak sosial merupakan satu konsep yang ternyata
terlalu asing bagi bangsa Melayu tradisi pada peringkat awalnya kerana orang-orang
Melayu menganggap bahawa Negara ini adalah milik mereka secara total. Idea
perkongsian kuasa ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra AI Haj (UMNO),
Tun Tan Cheng Lock (MCA) dan Tun Samanthan (MIC). Dasar perkongsian kuasa dan
kontrak sosial yang dipersetujui dan kemudian menjadi pegangan kepada pribumi
lokal dan bukan lokal telah mencorakkan suasana politik baru di Tanah Melayu.
Dasar
perkongsian kuasa antara kaum yang terdapat dan diamalkan di Malaysia
membuktikan telah berlaku proses interaksi, integrasi dan asimilasi dalam
struktur politik di Tanah Melayu. Perkongsian kuasa juga bertujuan untuk
mewujudkan perpaduan kaum di kalangan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.
Sehingga sekarang dasar perkongsian kuasa antara masih lagi dipraktikkan di
Malaysia walaupun Perikatan telah bertukar kepada Barisan Nasional demi
menjamin keharmonian dan perpaduan antara kaum yang terdapat di Malaysia.
- .KERAJAAN DEMOKRATIK
Sistem
demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah
bagi kepada pemimpin yang dipilih. Seperti yang kita tahu rakyat juga terlibat
dalam menentukan hala tuju politik Negara. Oleh itu, Sistem demokrasi
berparlimen member ruang dan perluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang
berkebolehan dan berkualiti. Seterusnya, rakyat juga mempunyai hak bersuara,
berpolitik dan berpersatuan. Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan
sebaik mungkin kepada rakyat. Hal ini dapat membantu dalam perkembangan ekonomi
Negara.
Antara kelebihan lain bagi sistem
demokrasi berparlimen ialah,kecekapan pentadbiran Negara yang sistematik telah
dibentuk dan segala permasalahan dapat diselesaikan melalui rundingan. Hal ni
dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara. Dengan itu, perancangan
pembangunan kerajaan dapat mudah diatur. Disamping itu,kerjasama dalam
masyarakat dapat ditingkatkan. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan
antarabangsa. Akhir sekali, Sistem ini juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan
menjamin kestabilan politik yang secara tidak langsung menarik pelaburan asing
bagi membantu perkembangan sistem industri Negara.
-PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BAIK
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat
merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan tuntutan ekonomi setiap kaum. Kerajaan
telah mengendalikan program-program yang berkesan dalam bidang pertanian,
perdagangan, dan sebagainya.
- -TOLAK
ANSUR BUDAYA
Budaya Melayu menjadi teras dalam kebudayaan
kebangsaan manakala budaya lain boleh diamalkan oleh etnik tersebut. Sebagai
contoh,orang Cina dan orang India perlu di jemput ke majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri. Dalam majlis sebegini membolehkan mereka berkenalan dan bersama
memohon kemaafan jika pernah melakukan sebarang kesilapan. Hasil dari amalan
ini, membolehkan masyarakat meluahkan perasaan mereka yang mungkin telah lama
terpendam bagi mengelakkan perasaan itu menjadi keruh. Tindakan menyertai
majlis perayaan dapat merapatkan hubungan dan persefahaman dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
FAKTOR
PENGHALANG PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
1.PEMISAHAN
TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN
Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut
kaum masing-masing.Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara
ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan
yang dilaksanakan semasa pendudukan British.
Pendudukan
British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan
India secara beramai-ramai.Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pinggir
pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India
bertumpu di ladang-ladang getah.
Di
Sabah dan Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum
Iban dan kampung kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama
lain.
Faktor
lain pemisahan tempat tinggal mereka iaitu ;
a)
Dari segi psikologi, mereka rasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan
kenalan,
rakan-rakan dan saudara mara.
b)
Kurang memahami budaya, agama, adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain.
c)
Akibat dasar ' pecah da perintah' yang dilaksanakan oleh pihak British
untuk kemudahan mereka.
1.PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
Pengelompokan
petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasihan sektor ekonomi setiap
kaum.Orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan, orang Cina
digalakkan untuk bergiat dalam sektor
perdagangan dan perlombongan sementara orang India dikekalkan di estet-estet.
Aktiviti
ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan
bergaul.
1.PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
Sistem
pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara
kaum.
Bagi
pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan, iaitu sekolah
vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun, sekolah beraliran Inggeris
hanya untuk anak-anak bangsawan.
Pelajaran
di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka
tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai dan menguasai bidang akademik.
Bagi
masyarakat India, sekolah tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang
mengajar di sini dibawa dari India, namun mutu pengajaran mereka sangat
rendah.Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil.Orang
Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang
terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.Guru-guru dan
buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.
Cina
lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di
negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.
Fakta-fakta
di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di
negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum.British
tidak bercadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal
ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam
kalangan rakyat.
Di
samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan
Sarawak.
Di
Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi
pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam
budaya mereka.
1.FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG
BERBEZA
Fahaman
politik setiap kaum juga sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang
berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik di
Tanah Melayu.
Pada
tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di
begara China.
Ramai
orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka
bagi membantu anak-saudara mereka,
Orang
India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk
kembali.
Bagi
orang Melayu sendiri, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan
mereka di tanah air sendiri terpelihara.
Kurangnya
penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka
sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.
Selain
itu, perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama.
Fahaman
politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3
majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah
menganggotai PERIKATAN.
1.MASALAH EKONOMI
Dalam
bidang ekonomi, jelas orang Melayu dan penduduk asli lain menguasai bidang yang
mundur, iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi
rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah.
Orang
Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang
lebih maju dan berteknologi moden dan memberi kesan ketidakseimbangan
pendapatan.
Ketidakseimbangan
pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama
lain.
Orang
Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina, sementara orang Cina dan
India pula mencemburui kelebihan orang Melayu yang mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor-sektor pentadbiran awam.
1.PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
Secara
amnya, setiap kaum menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama
Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha. Selain masyarakat di
Semenanjung, ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama
Kristian.
Sebagaimana
yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini
berbeza. Oleh itu, sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya tiada sifat tolak
ansur bagi setiap kaum dengan fahaman agama kaum lain.
2.PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA
Setiap
akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh
kepada golongan tertentu sahaja.
Akhbar
bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di
negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India.
Perkembangan
ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing
sahaja serta menyulitkan merekaa untuk memahami bahasa, budaya dan sensitiviti
kaum-kaum lain.
1.PENDUDUKAN JEPUN
Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga
tahun 1945.Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan
memberikan peluang kepada orang Melayu terlibat dalam sektor pentadbiran.
Situasi
ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
Apabila
Jepun menyerah kalah, iaitu sebelum pihak British kembali ke tanah Melayu,
ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya
Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan
membalas dendam terhadap orang Melayu.
Pergaduhan
yang sengit berlaku antara orang Melayu dengan orang Cina telah melibatkan
banyak kematian.Walaupun Bintang Tiga dapat ditumpaskan setelah kembalinya
British, namun sentimen perkauman ini masih kuat dalam kalangan mereka.
3.2.2
TAHAP INTEGRASI
SEGRESASI
Proses yang
menyebabkan individu atau kumoulan sosial dipisahkan atau diasingkan dengan
individu atau kumpulan sosial yang lain. Proses ini menyebabkan kumpulan etnik
kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang saling memahami semakin
terhad. Terbahagi kepada 2 cara iaitu rela dan tanpa rela. Rela merujuk kepada
golongan manusia yang memencilkan diri. Tanpa rela pula berlaku kerana paksaan
daripada pihak berkuasa seperti segresasi de
jure.
AKOMODASI
Proses
yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat. Setiap kumpulan etnik
masih dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi,
politik dan pendidikan. Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya
mereka dalam keadaan hormani dan saling menghormati.TEmail hisBlogThis!Share to TwitterShare to
FacebookShare to
Pinterest
AKULTURASI
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
kelompok daripada sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur
daripada satu kebudayaan etnik lain yang berbeza. Proses ini tidak menyebabkan
kehilangan identity masyarakat penerimaan. Proses akukturasi bermula dengan
sosialisasi primer; manusia belajar dan mengadaptasikan budaya paling dekat
dengan mereka. Manakala sosiolisasi sekunder pula ialah proses adaptasi dengan
masyarakat yang lebih besar.
ASIMILASI
Proses
yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpilan etnik yang baharu
mengamalkan budaya dan identiti kumpulan mijoriti untuk mengurangkan batas
etniknya. Asimilasi mutlak atau sempurna akan menyebabkan berlakunya
penghapusan dari segi kebudayaan dan identiti. Terbahagi kepada 2 iaitu
asimilasi budaya dan asimilasi struktur. Asimilasi budaya ialah proses apabila
kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat. Asimilasi struktur
pula ialah satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai
institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.
ALGAMASI
Almalgamasi
merupakan istilah yang diketegorikan dalam asimilasi biologi iaitu satu tahap
asimilasi yang paling tinggi. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi
apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk satu jenis budaya dan ras
baru. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
3.3
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI
Rukun Negara berfungsi sebagai tulang belakang
yang menjadi sandaran dan pegangan Negara dan rakyat Malaysia .Rukun Negara
ialah satu ideologi Negara yang digubal sebagai sebahagian daripada usaha
kerajaan untuk menyatukan rakyat dan membimbang mereka kea rah perpaduan.Usaha
penggubalan rukun Negara dilakukan semasa Negara diperintah oleh Majlis Gerakan
Negara(MAGERAN),iaitu selepas rusuhan kaum 13 MEI 1969.
Rukun Negara lahir hasil daripada pemikiran
Majlis Perundingan Negara yang diwakil oleh parti politik, kesatuan sekerja,
akhbar, pertubuhan profesional, badan agama dan pelbagai pertubuhan
lain.Kesemua wakil ini diberi peluang untuk berbincang dan mencari penyelesaian
atas masalah hubungan kaum yang boleh menjamin keharmonian hidup bersama.
Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 OGOS
1970 merupakan satu susunan prinsip
hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai- nilai kenegaraan dan norma- norma sosial yang mencakupi
seluruh aspek kehidupan bernegara seperti agama , budaya , politik , ekonomi
dan perundangan . Setiap prinsip itu berperanan dalam melahirkan sebuah Negara
yang rakyatnya hidup bersaqtu padu , aman dan harmoni.
Objektif RUKUN NEGARA seperti yang berikut :
(A)MEWUJUDKAN PERPADUAN YANG LEBIH ERAT DALAM
SELURUH MASYARAKAT.
(B)MEMELIHARA CARA HIDUP DEMOKRATIK.
(C)MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL SUPAYA
KEMAKMURAN NEGARA DAPAT DINIKMATI
BERSAMA SECARA ADIL DAN SAKSAMA.
(D)MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL TERHADAP
TRADISI KEBUDAYAAN YANG KAYA DAN PELBAGAI CORAK.
(E)MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF
BERLANDASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN.
Kelima-lima objektif di atas terkandung dalam
lima prinsip RUKUN NEGARA yang berikut :
(a)KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN-agama sebagai
pegangan utama rakyat Malaysia rakyat yang beragama juga mudah diurus untuk
menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab.Seterusnya , walaupun Islam
manjadi agama rasmi persekutuan , tetapi mana-mana agama lain boleh dianuti
dengan bebas dalam persekutuan.
(b)KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA-Yang
di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara dan raja-raja Melayu sebagai Ketua
Negeri.Rakyat seharusnya menjadikan raja sebagai symbol perpaduan
rakyat.Malahan , sesiapa yang menderhaka kepada raja dianggap sebagai
penderhaka kepada Negara.
(c)KELUHURAN PERLEMBAGAAN-Perlembagaan sebagai
undang-undang tertinggi Negara dan rakyat dikendaki menghormati serta
mempertahankan Perlembagaan.
(d)Kedaulatan undang-undang-menekankan
kedaulatan undang-undang dan menghormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan
dari segi undang-undang.Sekiranya undang-undang dipelihara , rakyat dapat hidup
dalam suasana yang aman , makmur dan harmoni.
(e)KESOPANAN DAN KESUSILAAN-nilai-nilai murni
melambangkan keperibadian individu dan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni
serta saling hormat menhormati.
3.3.1 PERISTIWA
13 MEI 1969
Peristiwa 13 mei 1969 telah mencatatkan sejarah
pahit Malaysia kerana pada tarikh itulah berlaku rusuhan kaum , terutama antara
kaum Melayu dengan Cina . Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas Pilihan
Raya 1969. Pilihan Raya ketika itu telah dimenangi oleg parti-parti pembangkang
, iaitu Parti Tindakan rakyat (DAP) dan GERAKAN.Walaupun Parti perikatan masih
boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan
raya yang sebelumnya.
DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan
secara besar-besaran pada 11 dan 12 MEI 1969 yang sesetengahnya adalah tanpa
izin daripada pihak polis. Perarakan ini merupakan kesinambungan daripada
perarakan jenazah yang dilakukan Parti Buruh pada 9 mei 1969 terhadap seorang
pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan
raya.UMNO turut mengadakan perarakan atas kerajaan mereka menubuhkan kerajaan
selepas pilihan raya tersebut.
Perarakan ini diketuai oleh DATUK HARUN IDRIS ,
Menteri Besar Selangor ketika itu.Perarakan bersifat provoaktif ini didapati
telah membakar semangat setiap kaum sehingga membawakepada titik hitaam dalam
sejarah Negara.Pergaduhan dan rusuhan tercetus sehingga bantuan ketenteraan terpaksa
dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan ini tercetus di KUALA
LUMPUR dan kawasan sekelilingnya sahaja.Angka rasmi bilangan orang yang cedera
ialah seramai 493 orang.Walau Bagaimanapun , jumlah ini kemungkinan lebih
kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka.
Peristiwa ini telah membuka mata banyak pihak.Pemimpin-pemimpin Negara telah sedar
dan mula meneliti isu perpaduan dengan lebih serius disebabkan oleh kesan
keganasan yang berlaku sungguh mengerikan.Pada peringkat awal,tindak balas
serta-merta diambil bagi memberhentikan keganasan.
Antara tindak balas yang diambil ialah
penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan ini,mengenakan perintah
berkurang , mengawal berita-berita radio dan televisyen , menapis penerbitan
akhbar-akhbar dan mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik
, sekali gus mengharamkan kempen pilihan raya.
Peristiwa 13 mei 1969 memberikan pengajaran
kepada setiap rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati antara semua
kaum.Tanpa nilai persefahaman toleransi dan sikap hormat-menghormati , perasaan
curiga dan syak wasangka akan timbul dalam kalangan etnik di Negara
ini.Matlamat kerajaan adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah.Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan pada
tahun 1970 dan Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama di sekolah
–sekolah .Selain itu, Kerajaan telah membentuk satu lagi kementerian , iaitu
Kementerian Perpaduan Negara dan ditukarkan kepada Lembaga Perpaduan Negara
yang menentukan aktiviti untuk mengukuhkan perpaduan rakyat.Dasar Kebudayaan
juga diwujudkan sebagai langkah dan usaha mengekalkan perpaduan , seterusnya
dapat mewujudkan integrasi nasional dengan memberikan fokus kepada masyarakat
Semananjung Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan , setiap kaum utama sama ada
di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identity dan kelompok
masing-masing.Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara , kesepaduan
dan keharmonian dapat dicapai.Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah
sekiranya semua pihak saling nelengkapkan dan menjamin kelansungnya demi
meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk.Proses
perpaduan di Negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada
secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat
dikekalkan.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil iktibar
daripada Peristiwa 13 mei 1969 yang
banyak member kesan hitam kepada semua kaum di Malaysia. Oleh itu , bagi
merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan Negara bangsa , maka kerajaan
telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti
Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira
latar belakang masyarakat.